Tekanan Rakan Sebaya dan Kesannya terhadap Kesihatan Mental

Tekanan Rakan Sebaya dan Kesannya terhadap Kesihatan Mental

Kita sering mendapat bimbingan sedari kecil lagiBaik daripada ibu bapa, datuk dan nenek mahupun individu yang lebih tua daripada kita – mereka sentiasa ada bagi menunjukkan jalanmana yang betul dan mana yang salah. Kinisetelah meningkat dewasa, kita sedar betapa luasnya kehidupandan seringakali kita berada di persimpangan, mencuba mencari jalan terbaik untuk kita. 

 

Perkara terpenting dalam perjalanan hidup ialah kawan-kawan yang kita temui dan yang kekal setia. Kawan-kawan ialah orang yang sering kita habiskan masa bersama mereka – baik di sekolah, kolej dan juga di tempat kerja. Sedang kita beralih dari tekanan: sosial, akademik dan bimbingan ibu bapa, kita pasti masih cuba mencari ketenangan bersama kawan-kawan kita. 

 

Persahabatan yang baik sangat penting untuk kehidupan yang bahagia, Namun begitu, tidak dinafikan bahawa bukan semua persahabatan adalah mudah. Sesetengah persahabatan itu berkekalanmanakala sesetengah persahabatan yang lain terhenti seiring masa. Setiap persahabatan cenderung memberi kesan antara satu dengan yang lain – semakin muda usia kita, semakin menebal perasaan ingin diterima dalam kalangan rakan sebaya. Apabila wujud perasaan ingin diterima, secara semula jadinya manusia akan mencuba untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu cara tertentu, semata-mata untuk disukai oleh kumpulan tersebut. Di sinilah istilah ‘tekanan rakan sebaya’ muncul. 

 

Apabila seseorang individu merasakan tekanan daripada rakan sebaya, akan berlaku kecenderungan untuk mereka memilih jalan yang salah dengan pengambilan keputusan yang tidak betul – yang mana, ianya berkemungkinan merupakan tindakan di luar karekter individu tersebut. Malah, perkara ini hanya berlaku sekadar untuk merasakan diri mereka diterima oleh sekumpulan individu yang lainKadangkala seseorang individu itu mungkin tidak menyukai apa yang harus dilakukan, tetapi mereka akan tetap melakukakannya agar mereka dilihat berharga dalam kelompok kawan-kawannya. Selain daripada itu, tidak dapat dinafikan bahawa tekanan rakan sebaya boleh memudaratkan kesihatan mental seseorang individuBerikut adalah antara contoh tekanan rakan sebaya yang mampu mempengaruhi kesihatan mental seseorang individu: 

 

  • Ia boleh menghancurkan keyakinan diri andaKetika kita sering terikut-ikut dengan sesebuah kumpulan atau seseorang individukita akan kurang membuat keputusan untuk diri sendiri dan cenderung untuk bergantung harap kepada orang lain tatkala hendak mendapatkan jawapan. 

 

  • Ia boleh menjejaskan produktiviti. Sekiranya anda terjebak dengan sekumpulan individu yang mengutamakan perkara yang salah, maka berkemungkinan besar produktiviti akan terjejas kerana tumpuan anda akan terpesong. 

 

  • Ia boleh menterjebakkan anda dengan tabiat burukApabila anda memilih sekumpulan kawan yang salah, tekanan rakan sebaya akan membawa anda ke jalan yang salah dan anda akan memilihi tabiat buruk yang akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan mental. 

 

  • Ia boleh menjejaskan hubungan anda dengan ahli keluarga. Jika anda terlalu mengharapkan penerimaan daripada kawan-kawan dan sanggup tunduk kepada tekanan rakan sebaya, sesuatu nilai kekeluargaan itu akan terganti dengan nilai buruk yang dipengaruhi oleh rakan sebaya. Apabila seseorang itu terlihat perbezaan di antara kehidupan mereka dengan kawan-kawannyamereka akan berasa malu dengan kehidupan mereka dan keluarga, hanya kerana perbandingan yang berterusan ini. 

 

Memang agak sukar untuk mengelak daripada faktor tekanan rakan sebaya, namun ada caranya untuk mengelakkan rasa tidak diterima dan terasing ketika kita mengatakan ‘tidak’ kepada mereka. Antaranya, ulang latih jawapan atau alasan anda terlebih dahulu supaya anda masih kelihatan sopan. Kemampuan anda untuk menjelaskan kepada kawan-kawan tentang alasan yang anda berikan juga mampu membantu mengurangkan perasaan bersalah itu. Sekiranya anda berasa terlalu tertekan, berbincanglah dengan rakan-rakan anda yang lain, ibu bapa, atau orang dewasa yang dipercayai. Ingatlah bahawa anda tidak bersendirian dalam mengharungi perjalanan ini, ada individu di luar sana yang bersedia dan rela untuk menolong anda ketika dalam kesukaran. 

 

Hubungilah ReachOut atau mana-mana badan NGO yang lain jika anda perlu bercakap dengan seseorang – anda tidak bersendirian. 

Related Posts